Thursday, 9 June 2011
Nasi Beriani Ayam
Bahan2 :
seekor baby chicken
3 pot beras basmathi
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia di hiris
5 sb. rempah beriani ayam*
1 kiub pati ayam
sedikit minyak dan 2 sb. minyak sapi
1/2 cawan susu segar+ sedikit lemon juice
air secukupnya untuk memasak nasi
sedikit pewarna kuning
bawang goreng dan garam
*Boleh letak rempah seperti kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang
jika menggunakan rempah beriani dari Malaysia. Tapi di sini saya gunakan rempah beriani
dalam kotak yang telah sedia ada semua rempah itu di dalamnya.
Cara2 :
1. Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, tumiskan bawang dan halia. Bila sedikit
garing, masukkan ayam yang telah di potong dan di bersihkan. Masakkan sebentar.
2. Kemudian masukkan rempah beriani dan kiub pati ayam. Masukkan sedikit air dan
masak ayam sehingga lembut. Biarkan air kering sedikit bolehlah di tutup api.
3. Basuh beras dan masukkan air seperti biasa dalam rice cooker, kemudian masukkan
semua rempah dan ayam tadi bersama beras dan masak seperti biasa. Masukkan juga
susu yang di campurkan lemon juice. Bila air kering titiskan pewarna kuning dan tutup
semula periuk nasi. Biarkan rice cooker keep warm sebentar bolehlah di tutup api.
Kemudian gemburkan nasi dan taburkan bawang goreng ke atasnya. Boleh juga taburkan
daun ketumbar dan kacang gajus serta masukkan sedikit kismis ke dalam nasi jika suka.
Labels:
nasi beriani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment