Tuesday, 28 February 2012
Daging Perap Bakar
Bahan-bahan :
12 ketul daging lembu tanpa tulang atau bertulang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam kasar
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar madu
Cara-cara :
Perap daging dengan garam, serbuk kunyit, lada hitam dan bawang putih.
Simpan bertutup dalam peti ais semalaman, lagi lama perap lagi sedap ye.
Panaskan oven terlebih dahulu (160 darjah) dan bakar daging selama 15 minit kemudian terbalikkan
sebelah bakar lagi 10 minit, tuangkan dua sudu madu ke atas daging rata-rata dan bakar
lagi 5 minit.
Bila menghidang hiriskan daging nipis-nipis, sedap di makan begitu sahaja atau cicah dengan
air asam.
Friday, 24 February 2012
Pulut Serunding Microwave
4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas (boleh guna santan kalau suka)
4 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
sehelai daun pandan
Serunding kelapa :
2 cawan fine desicated coconut (sangai/goreng tanpa minyak hingga sedikit perang)
1/2 biji bawang besar }
2 batang serai } di kisar halus
segenggam udang kering (rendam air panas) }
3 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
sedikit air asam jawa
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
Basuh beras pulut dan satukan dalam bekas atau mangkuk tahan panas
bersama air panas, minyak, garam dan daun pandan.
Kalau nak lemak lagi boleh ganti air panas dengan santan ikut kesesuaian sendiri.
Masak dalam microwave selama 4 minit x 4, balik-balikkan pulut selang 4 minit.
Kelapa di sangai/goreng tanpa minyak hingga berwarna perang, alihkan kedalam mangkuk.
Guna pan yang sama, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak hingga wangi, masukkan
cili kisar dan semua bahan lain.
Masak hingga kelapa sedikit kering tapi masih lembab.
Rasa cukup masam masin dan manis, boleh tutupkan api.
Lapiskan penutup botol nescafe dengan plastik, letak pulut secukupnya dan
tekan dengan plastik.
Keluarkan dan golek dalam serunding kelapa, sedap di makan waktu sarapan atau minum petang.
Tuesday, 21 February 2012
Pulut Panggang Microwave
4 cawan beras pulut siam
4 cawan air panas / santan
4 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
sehelai daun pandan
Inti kelapa pedas :
2 cawan desicated coconut
1/4 cawan air panas
1/2 biji bawang besar }
2 batang serai } di kisar
segenggam udang kering (rendam air panas) }
segenggam udang basah (di potong kecil-kecil)
3 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Cara-cara :
Masak inti kelapa pedas dahulu, tumis bawang, serai dan udang kering hingga wangi.
Masukkan udang basah, goreng sekejap, kemudian masukkan desicated coconut,
cili kisar, serbuk kunyit, dua sudu besar air asam jawa, garam dan gula.
Kacau / gaul rata semua bahan, masukkan 1/4 cawan air panas dan masak inti kelapa
pedas hingga sedikit kering tetapi masih lembab.
Pada adik-adik atau kengkawan yang guna kelapa parut segar tak payah lah tambah
air panas lagi. Air panas tu di tambah hanya bila guna kelapa kering saja.
Bila inti kelapa pedas dah siap bolehlah mula menggulung pulut dan inti dengan apa-apa
plastik yang sesuai samada plastik sandwich atau plastik cling wrap.
Bila duduk di tempat orang macam ni lah ye, teringin nak makan pulut panggang tapi tak ada
daun pisang, kira lepas jugak lah kempunan dari tak ada.
Pada yang mampu tu boleh aje dapatkan daun pisang frozen dari kedai cina tapi harga
boleh tahan mahal nya.
Pada yang berjimat dan tak mahu membazir boleh saja ikut cara kakros itu pun kalau sudi.
Sunday, 19 February 2012
Pulut Serimuka Bakar Berempah Microwave
periuk kukus di pendamkan saja niat nak membuatnya. Tapi semalam bila jumpa Puan CT
di majlis doa selamat dan mengangkat barang di kediaman Puan Haslina dan Encik Zaidi,
terus buka mulut nak bertanya sebab Puan CT menyediakan pemanis mulut kegemaran kakros nih.
Orang kata kalau malu bertanya sesat jalan tapi kes ni kalau kakros malu nak tanya tak dapat lah
makan. Pulut serimuka ni Puan CT masak menggunakan microwave ye.
Tapi resepi asal Puan CT kakros dah olah sedikit dan tambah sedikit dengan rempah.
Maaf ye CT memandai aje akak menukar resepi asal CT. Sebenarnya dah lama akak teringin
nak makan pulut serimuka bakar berempah nih, selalunya orang buat untuk hantaran perkahwinan.
Masa kakros kecik-kecik dulu mak selalu buat, tu yang dok teringat tuh, resepi orang lama.
Pada Puan CT yang comel lote tu terima kasih daun keladi kerana sudi berkongsi resepi dan
kakros minta izin nak kongsikan resepi ini kat sini pula. Jom layan satu lagi resepi microwave
yang mudah ini.
Resepi asal bahagian atas yang di beri oleh Puan CT :
Bahan-bahan :
1 biji telur
6 atau 7 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu
3 sudu tepung gandum
pewarna hijau
Cara-cara :
Masak pulut seperti biasa, kemudian rata-ratakan dalam bekas tekan dengan sudu
dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatasnya.
Tutup bekas dengan plastik cling film dan microwavekan selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik dan masakkan semula selama 3 minit untuk
mengeringkan permukaan atasnya.
Resepi Serimuka Berempah Microwave yang di olah semula oleh kakros :
(Biasanya serimuka berempah ini di kukus dahulu kemudian di bakar)
Bahan-bahan :
Bahagian bawah :
3 cawan beras pulut siam (kalau guna beras pulut india (jenama East End) kena lebih sikit air)
3 cawan air panas
1 sudu besar rata garam
3 sudu besar minyak
sehelai daun pandan
Bahagian atas :
3 biji telur
10 sudu besar gula pasir
1 tin santan
6 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau epal (star brand)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 biji bawang kecil
sehiris halia
*semua bahan ini dikisar kemudian ditapis keatas pulut yang telah ditekan rata.
Cara-cara :
Buat bahagian bawah dahulu, masukkan pulut yang telah di bersihkan ke dalam bekas
atau mangkuk tahan panas dan masukkan semua bahan lain, air panas, garam, minyak
dan daun pandan.
Kemudian masak dalam microwave selama 4 minit x 4, terbalikkan pulut selang 4 minit.
Bila pulut dah masak, keluarkan daun pandan, sarung tangan dengan plastik dan tekan-tekan
pulut untuk memadatkannya.
Kemudian tapis dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatas pulut dan masakkan
di dalam microwave.
Buat bahagian atas pula, blender semua bahan untuk adunan bahagian atas.
Atau kalau guna balloon whisk pukul gula dengan telur hingga gula hancur kemudian masukkan
santan, tepung gandum, garam, pewarna hijau, serbuk jintan manis dan serbuk kulit kayu manis.
Kacau / pukul rata kemudian tapis keatas pulut.
Kemudian tutup mangkuk tahan panas dengan plastik cling film dan masak di dalam
microwave selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik cling dan masakkan semula selama 3 minit tanpa di tutup
untuk mengeringkan permukaan atasnya.
Haa...dah pun siap pulut serimuka atau kata orang sebelah utara pulut sekaya ye.
Terpulanglah dengan tekak masing-masing kalau nak yang biasa tak payah lah letak rempah.
Tapi kalau nak cuba yang berempah silakan memang sedappp... sangat, pasti tak menghampakan
dan di jamin nak lagi dan lagi. Pada penggemar pulut cuba ye jangan tak cuba...
Thursday, 16 February 2012
Nasi Kebuli dan Ayam Perap Bakar
3 mug beras basmathi
3 mug air
1 mug susu segar
1/2 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }
1 sudu besar pes halia }
1 kulit kayu manis } bahan tumis
2 bunga lawang }
4 buah pelaga }
1/2 sudu besar serbuk kunyit }
1/2 sudu besar serbuk ketumbar }
1/2 sudu besar serbuk jintan manis } rempah tumis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih }
1/2 sudu besar serbuk lada hitam }
1 kiub pati ayam
sehelai daun pandan
1 1/2 sudu teh garam
segenggam kismis kuning
segenggam bawang goreng untuk tabur
Cara-cara :
Tumis bahan tumis hingga wangi kemudian masukkan semua rempah, letak sedikit
air dan masak hingga rempah terbit minyak tutup api.
Dalam periuk rice cooker basuh beras basmathi, kemudian masukkan air dan susu
secukupnya. Kalau susu nak ganti dengan santan pun boleh.
Selepas tu masukkan rempah yang di tumis tadi, kiub pati ayam, daun pandan dan
garam secukup rasa.
Masak nasi kebuli seperti memasak nasi biasa dalam periuk rice cooker.
Bila nasi hampir kering bolehlah masukkan kismis kuning.
Taburkan bawang goreng semasa menghidang.
Bahan-bahan :
3 ekor ayam muda (baby chicken)
di potong empat setiap ekor dan di kelar
Bahan perap :
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 biji bawang besar }
2 batang serai } di kisar
sedikit halia }
5 sudu besar jus lemon atau air asam jawa
2 sudu besar gula
2 1/2 sudu besar garam
4 sudu besar madu
Cara-cara :
Ayam di bersihkan dan di kelar, kemudian di gaul dengan semua bahan perap
kecuali madu.
Lebih lama perap lagi sedap ye, panaskan oven 160 darjah bakar sampai masak
lebih kurang sejam.
Terbalikkan pada setengah jam masa memasak dan 5 minit terakhir bolehlah
tuangkan madu rata-rata di atas ayam. Masak lagi untuk lima minit terakhir.
Dah pun siap ayam perap bakar, sekarang bolehlah hidangkan Nasi Kebuli dengan
Ayam Perap Bakar serta jelatah dan sambal belacan.
Tuesday, 14 February 2012
Kari Asam Berempah Ayam
10 ketul ayam
sebiji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih (guna 1/2 sudu besar serbuk bawang putih)
sedikit halia (guna 1 kiub pes halia)
sebatang serai di ketuk
setangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari extra hot
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
air secukupnya untuk kuah
air asam jawa secukupnya (guna sesudu besar pes asam jawa)
1 biji kentang
1 biji tomato
Cara-cara :
Dalam periuk tumis bawang besar, bawang putih, pes halia dan daun kari
hingga wangi dan masukkan ayam.
Kemudian masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar
serta sebatang serai yang di ketuk, masukkan air secukupnya untuk kuah.
Biarkan kuah mendidih dan terbit minyak, masukkan kentang dan air asam jawa.
Bila ayam dan kentang dah masak dan empok masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali potong enam sebiji tomato yang besar dan masukkan ke dalam nya.
Kalau yang ada kacang bendi tu bolehlah letak sekali.
Monday, 13 February 2012
Sayur Campur
Bahan-bahan :
sepinggan kacang buncis yang telah di potong serong
sebatang karot di potong
4 batang fucuk kering di rendam air panas
secekak suun di rendam air panas
350g atau semangkuk isi kupang
1/2 biji bawang besar di dadu
2 biji bawang putih di cincang
sebatang serai di hiris halus
satu sudu besar pes halia
sejemput udang kering di rendam air panas
sedikit serbuk kunyit
secawan santan
sebiji cili merah di potong
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Tumis bawang dan halia hingga wangi masukkan serai yang di hiris halus-halus.
Kemudian masukkan udang kering yang di rendam dan sedikit serbuk kunyit.
Masukkan isi kupang balik-balikkan.
Fucuk kering yang dah lembut tadi di potong pendek-pendek dan masukkan
ke dalam kuali bersama suun.
Balik-balikkan lagi, masukkan karot dan kacang buncis, gaulkan rata tuang santan.
Masukkan hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa.
Bila dah sempurna masak bolehlah hidangkan bersama lauk- lauk yang lain.
Saturday, 11 February 2012
Kupang Masam Manis
semangkuk isi kupang
2 ulas bawang putih di cincang halus
sebatang serai di ketuk
1 atau 2 biji cili padi di cincang
secawan air atau lebih
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
secubit garam
1 biji telur
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih yang di cincang bersama serai
yang di ketuk dan cili padi.
Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato serta secubit garam.
Biarkan mendidih masukkan kupang, pecahkan sebiji telur ke dalam nya.
Gaul perlahan-lahan hingga telur sedikit keras, padamkan api.
Sedap di makan panas-panas.
Hidangan ini mengambil masa yang sekejap saja untuk menyediakannya,
Subscribe to:
Posts (Atom)


























