Wednesday, 14 March 2012

Masak Lemak Kuning Lada Hitam


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam di potong kecil
seikat sawi hijau di potong

1/2 biji bawang besar   }
2 ulas bawang putih      }
sedikit halia                  } di kisar
sebatang serai              }

4 keping hirisan lengkuas
3 keping asam gelugor
3 sudu besar serbuk lada hitam kasar
setin santan     (kakros guna susu segar)
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam dan air secukupnya.
Rebus hingga ayam empok, masukkan sekali hirisan lengkuas dan asam gelugor.
Kemudian bolehlah masukkan santan, serbuk lada hitam kasar dan garam secukup rasa.
Kat sini kakros gunakan susu segar menggantikan santan, boleh aje gunakan santan
ikut pilihan masing-masing ye.
Kemudian masukkan potongan sawi hijau, agak-agak dah okay padamkan api.
Kakros hidangkan masak lemak kuning lada hitam ni dengan nasi putih panas-panas
dan sambal belacan. Hoh ! terangkat.


Lemak Cili Padi Ayam dan Rebung


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam di potong kecil
1 biji bawang besar   }        
2 ulas bawang putih   }
sedikit halia               }  di kisar
5 biji cili padi            }
sebiji cili merah         }
1/2 sudu besar serbuk kunyit
3 keping asam gelugor
sebatang serai di ketuk
setin rebung
setin santan
sedikit air
garam secukupnya
sedikit gula

Cara-cara :

Rebus bahan kisar dan ayam hingga empok, masukkan sekali serbuk kunyit,
asam gelugur dan serai yang di ketuk.
Bila ayam dah masak, masukkan santan, rebung, garam secukup rasa dan
sedikit gula.
Biarkan mendidih sebentar lagi, cuba rasa dah okay ke tak, kemudian bolehlah
padamkan api.

Cokodok Pisang Beroats


Bahan-bahan :

10 biji pisang
1 cawan oats
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Picit-picitkan dulu pisang hingga lembut kemudian kopekkan kulit dan
masukkan dalam bekas.
Guna garfu lenyek-lenyekkan pisang. Tak payah hancur betul pun tak pe.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan oats, tepung naik sendiri dan tepung gandum, gaul rata.
Bila minyak dah panas boleh terus menggoreng.
Basahkan hujung jari, jemput adunan cokodok.
Balik-balikkan hingga masak rata, toskan atas tisu dapur.



Monday, 12 March 2012

Kari Kupang


Bahan-bahan :

350g isi kupang
sebatang karot yang di sagat
1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa
sedikit air
4 cawan susu segar  (kalau guna santan dalam 1/2 tin)
garam dan sedikit gula

Cara-cara :

Isi kupang di bersihkan, buang/tarik tali yang melekat pada kupang.
Tumiskan bawang dan bawang putih hingga wangi masukkan rempah kari
dan serbuk kunyit yang di bancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga terbit minyak masukkan sedikit air dan pes asam jawa.
Biarkan mendidih kemudian masukkan susu segar atau santan, ikut pilihan
masing-masing.
Selepas tu masukkan parutan karot dan isi kupang, letak garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mendidih sekejap lagi dah okay rasa nya boleh lah tutupkan api.


Ikan Bakar Tandoori


Bahan-bahan :

Seekor ikan salmon sederhana besar (guna ikan lain pun okay)
2 sudu besar rempah tandoori  }
1 sudu besar serbuk paprika   } gaul sekali untuk di sapu dalam ikan
1 sudu besar gula                    }
1 sudu besar garam          
1 sudu besar serbuk kunyit
jus lemon atau air asam limau

Cara-cara :

Kakros guna ikan salmon, nak guna ikan lain pun boleh jugak.
Bilas dengan jus lemon sekejap selepas ikan dicuci bersih.
Ikan di belah dua tengah kemudian di kelar, sapu garam kunyit luar dan dalam.
Sapu rata-rata di bahagian dalam ikan dengan rempah yang di campur tadi (rempah tandoori,
serbuk paprika dan gula).
Renjis sedikit minyak zaiton atau apa-apa minyak masak di atas ikan.
Bakar di dalam oven suhu 160 darjah sehingga ikan masak cantik.
Bila hendak makan perahkan sedikit jus lemon atau air asam limau ke atas ikan.

Sunday, 11 March 2012

Ayam Percik


Bahan-bahan :

2 ekor ayam muda atau baby chicken
1 biji bawang besar  }
4 ulas bawang putih  } di kisar
2 batang serai           }
1 sudu besar halba
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar cili kisar
air asam jawa
setin santan
1 sudu besar garam atau secukup rasa
1 sudu besar gula atau secukup rasa

Cara-cara :

Ayam di potong empat setiap satu dan di kelar.
Masak ayam dengan bahan- bahan kisar dan semua bahan-bahan lain
hingga hampir masak.
Kemudian alihkan ayam ke dalam oven tray dan bakar ayam sehingga
masak dan keperangan suhu 160 darjah.
Resepi ayam percik ini kakros ambil dari dapur Hanieliza.
Terima kasih Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi dan kakros minta
izin kongsikan resepi yang sedap ini di sini pula.
Resepi asal boleh lihat di Ayam Percik@Hanieliza's Cooking

Friday, 9 March 2012

Keledek Goreng Kari


Bahan-bahan :

Dua biji keledek
semangkuk kecil tepung beras
1 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar air kapur
air secukupnya untuk membancuh

Cara-cara :

Potong keledek sederhana nipis.
Buat bancuhan tepung untuk menggoreng, untuk kelainan rasa kakros tambah
sedikit serbuk kari.
Bancuhan tepung jangan terlalu cair, bila angkat belakang sudu tepung masih
melekat, itu makna nya dah sempurna bancuhan tepung tu.
Sekarang bolehlah mula menggoreng, bila keledek dah masak angkat dan toskan
atas tisu dapur.

Sementara menunggu keledek masak buat cili kicap untuk cicah dengan keledek.
Campurkan empat sudu besar sambal belacan dengan kicap manis cap Kipas Udang
secukupnya, kemudian gaulkan dengan sedikit kacang tanah goreng yang di tumbuk.
Hidangan minum petang buat keluarga bersama seteko kopi O.



Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan :

seekor ayam di potong kecil
sebiji bawang besar di dadu
2 ulas bawng putih
2 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar jus lemon atau air asam jawa
1 sudu besar garam dan 1/2 sudu besar gula
sebiji cili merah
setengah biji bawang besar di potong kasar

Cara-cara :

Tumis bawang besar dan halia hingga wangi, masukkan ayam goreng sebentar
masukkan serbuk kunyit.
Untuk pasti kan ayam masak betul masukkan sedikit air.
Masak lagi hingga kuah hampir kering kemudian masukkan garam gula dan jus lemon.
Masukkan bawang besar yang di potong kasar dan cili merah.
Rasa dahulu, dah okay boleh lah tutupkan api.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...