2 biji swede dipotong memanjang
3 pokok daun bawang potong kasar
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar udang kering direndam ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula jika perlu
sedikit air
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak tumis bawang, sambal belacan dan udang kering yang ditumbuk.
Kemudian masukkan swede dan sos tiram, letak sedikit air.
Kacau balikkan hingga swede masak lembut tapi masih rangup.
Jangan masak terlalu lama nanti swede terlalu lembut, dah tak berapa best lagi.
Akhir sekali masukkan daun bawang yang dipotong kasar tadi, kacau rata dan padamkan api.
Kakros tak letak garam dan gula sebab dalam sambal belacan dah ada.
Tapi kalau perlu bolehlah tambah sedikit garam dan gula.
cr: google
No comments:
Post a Comment