Friday, 30 March 2012
Kepak Ayam Salut Peri-peri Sos dan Kacang Tanah
Bahan-bahan :
15 keping kepak ayam layur atas api sekejap untuk hilangkan bulu halus
di sapu garam dan kunyit kemudian di goreng hingga masak.
5 sudu besar sos peri-peri ketchup (kakros guna jenama Olympic, nak guna jenama lain pun boleh)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar madu
secawan kacang tanah (di panggang, buang kulit dan di tumbuk kasar)
Cara menyediakannya :
Dalam besen /salad bowl atau tupperware bertutup masukkan semua
bahan sos ~ peri-peri ketchup, sos cili, kicap manis dan madu.
Gaul semua sos hingga bercampur rata, masukkan kepak ayam yang telah
siap di goreng tadi, gaul atau goncangkan hingga semua kepak ayam telah
bersalut dengan sos.
Tabur kacang tanah dan hidangkan panas-panas, sedap di makan dengan
nasi atau di ratah begitu saja.
Ikan Panggang Sira Sambal Microwave
Bahan-bahan :
Seekur ikan salmon
garam dan kunyit
2 sudu minyak
2 cawan cili kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar garam
8 sudu besar gula
minyak secukupnya
Cara-cara menyediakan :
Ikan boleh guna ikan apa-apa pun, kakros guna ikan salmon.
Bersihkan ikan dan kelar depan belakang, kemudian bilas dengan
jus lemon atau air asam limau atau air asam jawa.
Kemudian di sapu garam dan kunyit, tuang sesudu dua minyak atas ikan
dan panggang ikan dalam oven atau atas grill pun boleh sehingga masak
kedua-dua belah.
Sediakan Sambal Microwave :
Dalam bekas plastik tahan panas masukkan semua bahan untuk sambal ~ cili kisar,
bawang besar yang di potong, bawang putih, pes asam jawa, sos ikan,
garam, gula dan minyak.
Tutup bekas plastik tahan panas dengan penutupnya dan masak sambal
dalam microwave selama 3 minit keluarkan kacau hingga semuanya
bercampur rata, masak lagi 3 minit dah pun siap.
Hidangkan ikan yang sudah siap di panggang tadi di atas pinggan dan
sendukkan sambal microwave keatas nya.
* Bekas plastik tahan panas tu bukan akak beli yang khas untuk
guna dalam microwave ye..
Kakros hanya guna bekas container plastik yang selalu kita beli nasi campur tu ye,
yang di atas penutupnya ada tulis sesuai di gunakan dalam microwave.
Thursday, 29 March 2012
Nasi Butter Mixed Veg, Ayam Goreng Peri-peri, Kerabu Tomato dan Kuah Dal
Bahan-bahan utk Nasi Butter Mixed Veg :
3 mug beras basmathi
sukatan air seperti memasak nasi biasa
3 sudu besar butter
1/2 biji bawang besar
semangkuk kecil mixed veg
1 kiub pati ayam
2 sudu besar garam
sedikit bawang goreng untuk tabur
Cara memasak :
Beras di bersihkan dan letak air mengikut sukatan memasak nasi biasa.
Tumis bawang dengan butter hingga lembut kemudian masukkan
semuanya kedalam periuk nasi.
Masukkan sayur campur, kiub pati ayam dan garam, kemudian masak
dalam periuk rice cooker seperti memasak nasi biasa.
Bila dah siap gemburkan nasi dan tabur dengan bawang goreng.
Bahan untuk Ayam Goreng Peri-peri :
seekur ayam muda atau baby chicken di potong kecil
5 sudu besar sos Peri-peri Ketchup (jenama Olympic)
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
Cara memasak :
Potongan ayam di gaul bersama sos peri-peri, gula dan garam.
Perap sebentar kemudian gorengkan ayam sehingga masak.
Bahan untuk Kerabu Tomato :
3 biji tomato
1/2 biji bawang besar
sebiji cili merah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
Cara-cara menyediakan :
Potong / hiris tomato, bawang besar dan cili merah kecil- kecil.
Masukkan kedalam mangkuk dan gaul bersama sos cili, sos tomato,
garam dan gula.
Bahan untuk Kuah Dal :
200g kacang dal
air secukupnya utk merebus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar
setangkai daun kari
setangkai cili kering di potong
1 sudu besar halba campur
garam secukup rasa
Cara menyediakannya :
Rendam kacang dal semalaman kemudian rebus hingga empuk.
Masukkan serbuk kunyit sekali, masak hingga kacang dal lembut.
Dalam pan kecil panaskan sedikit minyak tumis bawang besar, daun kari,
cili kering dan halba campur.
Bila bawang dah keperangan dan wangi tuangkan semuanya kedalam
periuk kacang dal tadi.
Letak garam secukup rasa.
Masak ikut kepekatan yang disukai.
Wednesday, 28 March 2012
Rendang Ayam Dengan Spring Green
Bahan-bahan :
seekor ayam muda atau baby chicken di potong kecil
500g sayur spring green di potong
2 biji bawang besar }
2 batang serai } dikisar
sedikit halia }
sedikit lengkuas }
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping asam gelugor
150g kerisik
1 cawan santan (guna santan tin)
1 1/2 sudu besar garam
2 sudu besar brown sugar
Cara-cara :
Tumis bawang besar, serai, halia dan lengkuas yang di kisar, masukkan sekali
serbuk kunyit, cili kisar, serbuk kari dan serbuk ketumbar.
Terus masukkan ayam dan asam gelugor, biarkan mendidih.
Masuk secawan santan, masak hingga kuah sedikit pekat baru masukkan
kerisik, garam dan brown sugar.
Rasa dahulu dah cukup ke asam dan garam baru masukkan sayur spring green
yang telah di potong tadi.
Masak hingga kuah pekat tapi pada yang suka berkuah bolehlah tutup api awal sedikit.
Sedap di makan bersama nasi putih atau nasi mentega panas-panas.
Monday, 26 March 2012
Ayam Kicap Bertaucu
Bahan-bahan :
10 ketul ayam
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 senduk sos cili
2 senduk sos tomato
2 sudu besar taucu
kicap manis cap Kipas Udang secukupnya
air secukupnya untuk kuah
2 biji ubi kentang
2 batang karot
sebiji cili hijau
sebiji cili merah
Cara-cara:
Ayam di sapu garam dan kunyit kemudian di goreng.
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan
air secukupnya untuk kuah.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, taucu dan kicap biarkan mendidih.
Masukkan kentang yang di potong bulat dan karot, masak hingga kentang lembut.
Ayam yang di goreng tadi di masukkan sekali bersama cili hijau dan cili merah.
Rasa dahulu sebelum letak garam dan gula sebab yang kakros masak tu tak tambah
apa-apa sebab dah okay rasanya.
Ikutlah banyak mana kuah yang anda mahu.
Friday, 23 March 2012
Daging Perap Bakar II
sekilo daging lembu yang di potong sederhana kecil
2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk serai
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil / minyak sayur
2 sudu besar madu
4 biji kentang yang besar
6 batang karot sederhana besar
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar olive oil / minyak sayur
Kentang dan karot potong dan di rebus sehingga lembut, toskan.
Gaulkan dengan garam, lada hitam, madu dan minyak.
Letakkan sekali keatas tray bersama daging dan bakar sehingga masak.
Cara-cara :
Perap daging dengan semua bahan kecuali madu semalaman
dalam bekas bertutup simpan dalam peti ais.
Lagi lama perap lagi sedap ye.
Panaskan oven 160 darjah dan bakar daging sehingga masak,
lama masa memasak bergantung kepada besar daging di potong.
Seeloknya jangan potong daging besar- besar sangat, kalau besar
nanti masak lama daging keras pulak.
Yang kat atas tu kakros masak 20 minit sebelah terbalikkan masak
lagi 20 minit, 5 minit terakhir tuangkan 2 sudu madu.
Kentang dan karot yang di rebus tu masukkan sekali semasa membakar ye.
Bila menghidang potong nipis-nipis supaya senang nak makan, jiruskan
lebihan air/kuah daging yang keluar semasa kita membakar.
Kakros cicahkan Daging Perap Bakar ni dengan air asam, sedap nye
makan dengan nasi panas-panas.
*Kalau takut daging keras atau liat, bolehlah rebuskan dahulu daging tu sehingga
lembut baru di perap dan di bakar ye. Kadang-kadang ada juga daging yang berurat di tengahnya,
kalau dapat daging yang macam ni eloklah di rebus dahulu.
*Satu lagi cara ketuk dahulu daging dengan pengetuk daging sebelum di perap.
Wednesday, 21 March 2012
Salmon Masak Kicap
seekur ikan salmon sederhana besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
sesenduk sos cili
sesenduk sos tomato
kicap manis cap kipas udang secukupnya
2 biji tomato
sebiji cili merah
sebiji cili hijau
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Ikan di bersihkan di potong kepada enam keping, bilas dengan
jus lemon atau air asam limau dahulu, kemudian sapu garam kunyit
dan di goreng. Ketepikan.
Tumiskan bawang dan halia hingga wangi, masukkan air secukupnya
untuk kuah.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis secukupnya,
biarkan kuah mendidih.
Selepas tu masukkan ikan yang telah siap di goreng tadi, tomato yang
di belah empat, cili merah dan cili hijau yang di belah dua.
Rasa dahulu baru tambah garam dan gula secukup rasa ye.
Tuesday, 20 March 2012
Gulai Asam Ayam dan Cendawan
Bahan-bahan :
10 ketul ayam
250g atau semangkuk cendawan butang
segenggam daun kesom
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk kunyit
sesenduk cili kisar
belacan
air asam jawa secukupnya
air untuk kuah
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Ayam di sapu garam kunyit dan di goreng dahulu, ketepikan.
Kemudian tumis bawang dan halia hingga wangi, masukkan
cili kisar, serbuk kunyit dan belacan.
Masak hingga terbit minyak, masukkan air asam jawa dan air
secukupnya untuk kuah.
Biarkan kuah mendidih masukkan ayam yang di goreng tadi
bersama cendawan butang serta daun kesom.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Dah siap hidangkan dengan nasi panas-panas, nak cicah dengan
roti canai pun boleh. Ha apa...cokodok ? Boleh boleh, nak cicah
dengan cokodok pun sedap gak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























