Thursday, 22 December 2011

Cucur Udang dan Kuah Kacang

Alang-alang dah buat kuah kacang kakros buat cucur udang sekali potong-potong
makan dengan timun. Tentulah sedap ala-ala rojak gitu walaupun set nya tak lengkap.

Kat luar tu cuaca tak berapa nak elok dahlah sejuk gedi macam nih hujan batu pulak tuh.
Banyak sekolah di tutup. Angin ribut di jangka akan singgah di sini selepas tengahari
sehingga lewat petang. Tak berani kakros nak keluar. Sekolah Hilman, sekolah Diyana
dan Uni Sabrina pun di tutup juga. Jadi semua orang ada kat rumah lah hari nih melainkan
Syuhada yang kini berada Malaysia .

Nak cerita pasal cucur udang  kakros cerita pasal hujan batu pulak. Cucur Udang ni
sangat lah rangup di luar dan lembut di dalam. Buat sikit-sikit tak cukup jadi akak buatlah
sekilo tepung suka dorang dapat makan puas-puas. Jomlah semak resepi Cucur Udang
yang kakros buat nih...



Cucur Udang
Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
semangkuk udang basah
semangkuk daun kuchai (guna daun bawang)
semangkuk taugeh
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (guna lada sulah)
1 1/2 sudu besar garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
air panas untuk bancuh adunan

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kemudian bancuh
    dengan air panas kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Bila dah garing kaitkan kedalam
    pinggan yang di lapik dengan tisu dapur.

3. Sesiapa yang suka guna udang besar bolehlah buat guna senduk bulat yang di rendam
    kedalam minyak panas dahulu. Kemudian sudukan adunan ke dalam senduk letak
    udang besar sekur dan goyang-goyangkan dalam minyak panas sehingga adunan keluar sendiri.
    Kat sini kakros guna udang kecil yang di gaul sekali di dalam adunan tepung. Jadi kakros guna
    sudu saja untuk masukkan adunan kedalam minyak panas. Kalau nak guna jari pun boleh
    tapi sebelum tu kena celupkan jari duhulu dalam air baru jemput adunan tepung.
    Buat ye jangan tak buat, tak rugi kalau mencuba.

Kuah Kacang
Bahan-bahan :

500gm kacang tanah (di goreng dengan sedikit minyak)
2 senduk cili kisar
2 biji bawang besar di kisar
sedikit halia di kisar
3 biji buah keras di kisar
2 batang serai di ketuk                
semangkuk air asam jawa
brown sugar secukupnya
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara :

1. Goreng kacang tanah dengan hanya sedikit minyak hingga garing rata. Kemudian
    tumbuk atau kisar kacang tanah dengan kulitnya sekali. Masukkan kedalam periuk
    letak air secukupnya untuk kuah.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Jerang atas api hingga mendidih.
    Jangan lupa sekali sekala kacau kuah kacang. Masak hingga kuah sedikit pekat
    dan terbit minyak. Rasa cukup masam, masin dan manis nya kemudian bolehlah
    tutupkan api.

3. Potong beberapa cucur udang masukkan ke dalam pinggan, letak timun yang
    di potong halus memanjang kemudian sendukkan kuah kacang. Kalau ada yang
    nak tambah telur rebus pun sedap juga.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...