Friday, 3 February 2012

Sambal Kicap Berserai Ayam

Bahan-bahan :
10 ketul ayam di gaul sedikit kunyit
sebiji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia
sebatang serai di ketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
kicap manis secukupnya
sedikit air
1 sudu besar garam

Cara-cara :
Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi masukkan serai dan cili kisar.
Terus masuk ayam sekali sementara ayam masak, cili pun dah masak terus balik- balikkan.
Kemudian masukkan kicap manis secukupnya, sos tomato dan sedikit air.
Jangan lupa letak garam sikit, biarkan mendidih dan pekat sikit padamkan api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...