Saturday 31 March 2012

Royal Botanic Garden dan Arthur's Seat

Assalamualaikum, salam ceria semua. Kakros doakan semuanya berada
dalam keadaan sihat selalu di samping keluarga tersayang. Tapi ada masanya,
kita rasa tak sihat sangat, nak ke dapur memasak pun rasa berat je.
Tapi semua itu dugaan yang maha Esa kepada kita umatnya. Yang penting kita
kena redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Apa pun dugaan yang mendatang, kakros rasa ibu-ibu dan wanita di luar sana
harus merasa bangga dengan diri sendiri, sesakit sakit kita masih boleh lagi
menyediakan sajian untuk keluarga. Eh! wanita saja ke ? Maaf ye... orang
bujang dan kaum-kaum bapa sekarang ni pun tak kurang juga hebat berganding
dengan isteri turun padang menyediakan makanan di dapur.

Oleh itu banggalah dengan diri diri anda sendiri dan jalanilah kehidupan ini
sebaik mungkin kerana hidup ini hanya sementara saja.

Pendek kata, hari ni hari Sabtu 31 March 2012, lusa hari Isnin 2 April dah mula
cuti sekolah selama 2 minggu di sini. Cuti Spring Break dan Easter Holiday, tentu
dah ada yang merancang hendak makan angin atau berjalan-jalan dekat saja.

Hari ini abang bawa kami sekeluarga ke Royal Botanic Garden dan pergi memanjat
Athur's Seat di Edinburgh. Tempat ini tak berapa jauh, sejam memandu dari tempat
tinggal kakros. Belum semua bunga-bunga di Botanic Garden tu yang dah kembang,
sebab masih lagi di awal spring. Jadi kakros snap jer yang mana ada dan bunga-bunga
orkid yang ada di dalam glasshouse. Korang layan lah nengok bunga-bunga ni ye.
















Pokok Gingko Biloba







Yang ini pameran yang di adakan di ruang legar depan pintu masuk Royal Botanic
Garden tu.






Selepas 3 jam berada di situ kami pun mula beredar untuk meneruskan tujuan untuk
memanjat Arthur's Seat pulak. Tapi sebelum tu kami makan dulu, kakros ada bawa bekal
nasi lemak dan tuna sandwich untuk mengalas perut.



Walaupun hari tu cuaca sangat baik ada matahari tapi angin bertiup agak sejuk. Pada
mula nya kakros agak keberatan nak meneruskan tujuan kami, tapi memandangkan
abang telah lama teringin hendak memanjat Arthur's Seat tu sebelum beliau menjalani
pembedahan bypass lagi, kakros pun kuat kan hati untuk teruskan nya.

Kakros pulak yang bagi semangat untuk anak-anak akak sebab mereka pun kecut perut
sebab tempat tu tinggi dan curam. Dari atas boleh lihat pemandangan bandar Edinburgh
dan sekitarnya. Cantik sungguh pemandangan dari atas.













Walaupun kami tak dapat meneruskan sampai ke puncak, kerana sampai di satu tempat
tu agak licin dan jalan nya agak kecil dan curam dan mungkin juga sebab kasut mungkin
tak sesuai asyik nak menggelungsur ketepi, lutut akak yang mula tadi okay dah mula
menggigil untuk meneruskan nya.

Sebab kakros jalan paling depan, bila anak-anak akak nampak dorang pun dah naik takut.
Kakros dan anak-anak melabuhkan punggung sebentar. Abang yang berjalan dengan Hilman
di belakang dari tadi cuba memantau keadaan di depan. Abang kata jalan kat depan lagi
curam, macamana nak teruskan lagi tak ?.
Anak-anak kata cukup lah mama, abah nanti kalau jadi apa-apa susah ler pulak. Abah
pun dah mula rasa semput dada...cukuplah tu sekurang-kurangnya kita dah pun berjaya panjat
Arthur's Seat walaupun tak sampai kepuncaknya.

Hari pun dah menginjak petang, kami pun beransur pulang tapi sebelum tu berhenti solat
di Edinburgh Central Mosque dahulu. Sampai di rumah pukul 8 malam, semua nya dah keletihan.

Yang ingin tahu berkenaan Royal Botanic Garden Edinburgh boleh lihat di link ini :
www.rbge.org.uk/the-gardens/edinburgh

dan yang ingin tahu tentang Arthur's Seat boleh lihat di sini :
www.walkhighlands.co.uk/lothian/arthurs-seat.shtml

2 comments:

  1. sedap nampak bekal tu...he3...cantik warna ayam goreng tu...

    ReplyDelete
  2. salam kenalan terima kasih sudi singgah kemari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...