Nasi impit ni adalah makanan kesukaan Hilman. Bila dia balik sekolah tadi masuk je
pintu rumah, waahh!! katanya, Hilman tau bau ni...mama masak nasi yang Hilman suka tu ye.
Cepat-cepat Hilman pergi tukar baju sekolahnya dan datang kat dapur. Mama....cepatlah
Hilman nak makan nih....katanya. Tak sabar dah dia nak makan. Bau kuah kacang dan
rendang ayam buat Hilman rasa lapar.
Jom kita semak resepi biasa-biasa nih. Kalau nak buat cara lama pun boleh juga, kalau
nak buat cara ringkas pun boleh.
Nasi impit cara lama :
4 mug beras basmathi (beras biasa pun boleh)
12 mug air (guna mug yang sama sukat beras)
1 sudu besar garam
4 sudu besar minyak
1. Basuh beras basmathi dalam periuk rice cooker, letak air secukupnya.
Nisbah air ialah 1 pot beras : 3 pot air (akak guna mug dan suka lebihkan
air +1/2 mug lagi).
2. Masukkan garam, on kan rice cooker dan masak hingga nasi kering
kemudian masukkan minyak. Guna senduk kayu kacau-kacau putar ikut
jam hingga nasi dah betul-betul lembut dan tidak melekat lagi di periuk.
3. Kemudian sendukkan nasi kedalam plastik yang telah di lubang-lubangkan
terlebih dahulu. Rata kan nasi dan lipat di hujung plastik. Proses ini mesti lah
di buat semasa nasi masih panas lagi.
4. Buat sampai habis letak bersusun macam kakros buat. Tak payah nak himpit
dengan benda-benda berat lagi. Bila sejuk bolehlah di potong makan dengan
kuah kacang dan rendang ayam atau daging.
Nasi impit cara ringkas :
Beli saja beras basmathi dalam kotak (boil in the bag) yang dalam sekotak ada
4 bungkus dan rebuskan dengan air yang banyak hingga beras betul-betul kembang
dan padat. Kalau yang di Malaysia tu boleh aje guna pack nasi impit keluaran
Adabi atau Nona.
nasi impit cara ringkas
nasi impit buat sendiri
No comments:
Post a Comment