Friday, 2 December 2011

Ayam Masak Asam Berempah, Rebus Air Kobis dan Sambal Belacan Tomato


Menu simple kakros untuk hidangan tengahari nih Ayam Masak Asam Berempah, Rebus Air Kobis
dan Sambal Belacan Tomato. Kalau ada yang berkenan bolehlah masak untuk menu tengahari esok
pulak. Selamat memasak.

Bahan-bahan :

10 ketul ayam buang kulit dan di bersihkan
2 senduk cili mesin (cili kering yang di rebus dan di kisar)
1 biji bawang besar di dadu (kalau nak kisar pun boleh)
2 ulas bawang putih (guna 1 sudu besar serbuk bawang putih)
3 sudu besar pes halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk kunyit
secubit belacan
semangkuk air asam jawa
sedikit daun kesum

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar.
    halia dan bawang putih. Masukkan cili mesin, kalau tak mahu pedas sangat boleh campur ye
    1 senduk cili mesin dan 1 senduk serbuk cili Baba's yang bungkus kuning tu.

2. Masukkan ayam yang di potong kecil tadi serta serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih
    dan serbuk kunyit. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan air lebih untuk kuah. Letak sedikit belacan biarkan
    kuah mendidih lama sikit hingga ayam masak. Masukkan daun kesum, garam dan gula
    secukup rasa. Cuba rasa kalau dah okay bolehlah tutupkan api.

Rebus Air Kobis

Bahan-bahan :

1/2 biji kobis di potong kecil
1 batang karot
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit udang kering di rendam
secubit belacan
sebiji cili merah
sedikit air
sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1. Didihkan sedikit air dalam periuk, masukkan bawang, udang kering dan belacan.

2. Kemudian masukkan kobis dan karot. Biarkan mendidih sekali lagi masukkan cili merah
    garam dan sedikit gula.

Sambal Belacan Tomato

Bahan-bahan :

4 biji cili merah  }
5 biji cili padi    } di potong
sedikit belacan
1 sudu besar garam
gula ikut manis
air asam limau (guna lemon juice)
1 biji bawang besar  }
3 biji tomato            } di potong

Cara-cara :

1. Buat sambal belacan dahulu. Masukkan cili yang di potong, belacan, garam dan
    gula serta sedikit jus lemon dahulu dalam blender kemudian kisar. Masukkan dalam
    mangkuk tambah lagi jus lemon dan gula adjust masam manis dan masinnya.
    Kalau ada lesung nak tumbuk pun boleh, letak jus lemon kemudian nanti percik
    kat mata pulak.

2. Kemudian potong bawang dan tomato gaul sekali dalam sambal belacan tadi.
    Dah siap.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...