Sunday 25 December 2011

Mee Kari Daging Cincang



Bahan-bahan :

sebungkus mee kuning (akak guna spaghetti)

500g daging cincang
1 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit pes halia
sesenduk rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk paprika
2 genggam udang kering di rendam di kisar
100g instant mashed potato  (untuk pekatkan kuah)
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 batang karot
2 genggam bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

taugeh
daun bawang
cili merah, cili hijau
telur rebus
bawang goreng

Cara-cara :

1. Celur mee kuning dan toskan. Tapi kakros guna spaghetti yang di rebus dengan
    sedikit serbuk kunyit hingga lembut kemudian toskan.

2. Untuk kuah tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi lepas tu masukkan
    daging cincang. Bila daging dah bertukar warna masukkan rempah kari, serbuk kunyit
    dan paprika. Akak guna paprika sebab tak nak kuah terlalu pedas, siapa yang suka
    pedas boleh ganti dengan cili boh ye.

3. Bila dah terbit minyak masukkan air ikut banyak mana kuah yang kita mahu. Biarkan
    kuah mendidih masukkan udang kering yang di kisar tadi dan instant mashed potato.
    Akak guna mashed potato untuk pekatkan kuah, kalau tak ada boleh saja lebih kan
    kentang yang di rebus dan di lecek.

4. Kemudian masukkan karot dan kentang yang di dadu kecil, biarkan mendidih lagi rasa
    garam dan gula secukup rasa. Sebelum tutup api jangan lupa masukkan bawang goreng
    dalam kuah sebab ia buat kuah rasa lebih sedap lagi.

5. Masukkan mee kuning atau spaghetti kedalam mangkuk, sendukkan kuah secukupnya
    tabur taugeh, daun bawang, cili dan bawang goreng. Letakkan potongan telur rebus,
    kalau ada sawi dan tauhu boleh letak sekali lagi sedap. Selamat memasak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...