Sunday 19 February 2012

Pulut Serimuka Bakar Berempah Microwave


Sebenarnya dah lama sangat nak makan pulut serimuka ni, tapi di sebabkan tak ada
periuk kukus di pendamkan saja niat nak membuatnya. Tapi semalam bila jumpa Puan CT
di majlis doa selamat dan mengangkat barang di kediaman Puan Haslina dan Encik Zaidi,
terus buka mulut nak bertanya sebab Puan CT menyediakan pemanis mulut kegemaran kakros nih.
Orang kata kalau malu bertanya sesat jalan tapi kes ni kalau kakros malu nak tanya tak dapat lah
makan. Pulut serimuka ni Puan CT masak menggunakan microwave ye.

Tapi resepi asal Puan CT kakros dah olah sedikit dan tambah sedikit dengan rempah.
Maaf ye CT memandai aje akak menukar resepi asal CT. Sebenarnya dah lama akak teringin
nak makan pulut serimuka bakar berempah nih, selalunya orang buat untuk hantaran perkahwinan.
Masa kakros kecik-kecik dulu mak selalu buat, tu yang dok teringat tuh, resepi orang lama.
Pada Puan CT yang comel lote tu terima kasih daun keladi kerana sudi berkongsi resepi dan
kakros minta izin nak kongsikan resepi ini kat sini pula. Jom layan satu lagi resepi microwave
yang mudah ini.


Sumber : Puan Siti Khadijah Khuzairi Mohzan

Resepi asal bahagian atas yang di beri oleh Puan CT :
Bahan-bahan :
1 biji telur
6 atau 7 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu
3 sudu tepung gandum
pewarna hijau

Cara-cara :
Masak pulut seperti biasa, kemudian rata-ratakan dalam bekas tekan dengan sudu
dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatasnya.
Tutup bekas dengan plastik cling film dan microwavekan selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik dan masakkan semula selama 3 minit untuk
mengeringkan permukaan atasnya.



Resepi Serimuka Berempah Microwave yang di olah semula oleh kakros :
(Biasanya serimuka berempah ini di kukus dahulu kemudian di bakar)

Bahan-bahan :

Bahagian bawah :
3 cawan beras pulut siam (kalau guna beras pulut india (jenama East End) kena lebih sikit air)
3 cawan air panas
1 sudu besar rata garam
3 sudu besar minyak
sehelai daun pandan

Bahagian atas :
3 biji telur
10 sudu besar gula pasir
1 tin santan
6 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna hijau epal (star brand)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 biji bawang kecil
sehiris halia
*semua bahan ini dikisar kemudian ditapis keatas pulut yang telah ditekan rata.

Cara-cara :

Buat bahagian bawah dahulu, masukkan pulut yang telah di bersihkan ke dalam bekas
atau mangkuk tahan panas dan masukkan semua bahan lain, air panas, garam, minyak
dan daun pandan.
Kemudian masak dalam microwave selama 4 minit x 4, terbalikkan pulut selang 4 minit.
Bila pulut dah masak, keluarkan daun pandan, sarung tangan dengan plastik dan tekan-tekan
pulut untuk memadatkannya.
Kemudian tapis dan tuang adunan bahagian atas (bahagian hijau) keatas pulut dan masakkan
di dalam microwave.

Buat bahagian atas pula, blender semua bahan untuk adunan bahagian atas.
Atau kalau guna balloon whisk pukul gula dengan telur hingga gula hancur kemudian masukkan
santan, tepung gandum, garam, pewarna hijau, serbuk jintan manis dan serbuk kulit kayu manis.
Kacau / pukul rata kemudian tapis keatas pulut.
Kemudian tutup mangkuk tahan panas dengan plastik cling film dan masak di dalam
microwave selama 8 minit.
Dah masak keluarkan, buka plastik cling dan masakkan semula selama 3 minit tanpa di tutup
untuk mengeringkan permukaan atasnya.

Haa...dah pun siap pulut serimuka atau kata orang sebelah utara pulut sekaya ye.
Terpulanglah dengan tekak masing-masing kalau nak yang biasa tak payah lah letak rempah.
Tapi kalau nak cuba yang berempah silakan memang sedappp... sangat, pasti tak menghampakan
dan di jamin nak lagi dan lagi. Pada penggemar pulut cuba ye jangan tak cuba...


1 comment:

  1. 1 tin santan tu banyak mana... Berapa cup... Berapa ml...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...