Friday, 20 January 2012
Roast Turkey Breast with Potatoes and Onions
Bahan-bahan :
1/4 bahagian turkey (bahagian dada termasuk sebelah kepak di potong kepada 8 bahagian)
di bersihkan di kelar dan perapkan dengan bawang putih, halia, garam, lada hitam
dan rempah rosemary. 7 biji kentang di belah dua setiap satu dan 2 biji bawang besar
di belah empat setiap satu. Sedikit olive oil. Untuk memudahkan masak akak suruh adik pakistan
kat kedai tu potong dulu turkey. Walaupun 1/4 bahagian dada tapi potongan nya masih lagi besar
jadi kelar-kelar dahulu bahagian yang isi nya tebal supaya sebati dengan bahan perap dan mudah
memasaknya nanti.
Cara-cara :
Dalam oven tray lapikkan aluminium foil dan letakkan semua kentang dan bawang besar
yang di potong tadi. Taburkan garam dan lada hitam, kemudian letakkan kepingan turkey
yang telah di perap tadi. Drizzlekan sedikit olive oil keatas nya. Tutupkan dengan aluminium
foil dan bakar selama sejam. Kemudian keluarkan dan sendukkan minyak dan sos yang keluar
dalam tray ke atas turkey dan kentang tadi. Masukkan semula tray kedalam oven tanpa
di tutup dengan foil dan masak turkey dan kentang hingga masak lebih kurang 30- 45 minit lagi.
Bila dah masak hidangkan dengan sos mushroom, mashed potato dan coleslaw.
Labels:
turkey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment