Friday, 20 January 2012

Sup Ekor



Bahan-bahan :

1kg ekor lembu yang telah di potong
2 biji ubi kentang potong empat setiap satu
2 batang karot potong bulat kasar
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar pes halia
1 kiub pati ayam atau tulang rusuk
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
kulit kayu manis, buah pelaga   }
bunga cengkih, bunga lawang   } boleh ganti dengan sup bunjut Adabi kalau ada
3 senduk lemon juice
3 biji cili padi
garam secukup rasa
semangkuk kecil bawang goreng
potongan daun bawang

Cara-cara :

1. Dalam periuk besar rebus ekor lembu hingga mendidih, masukkan bawang, bawang putih
    dan halia. Rebus hingga ekor lembu lembut.

2. Kemudian masukkan semua rempah di atas, lemon juice dan garam secukup
    rasa. Biarkan mendidih lagi masukkan kentang dan karot, masak hingga kentang lembut.

3. Sebelum tutup api masukkan cili padi di belah hujung dan bawang goreng. Sendukkan
    kedalam mangkuk dan tabur bawang goreng, daun bawang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...