Saturday 11 June 2011

Otak-otak Versi Ayam


Bahan2 :

isi ayam tanpa tulang
3 biji telur
2 sb. tepung gandum
6 sb. cili mesin
6 sb. air asam jawa
secawan santan
sebiji bawang besar  }
sebatang serai  }
2 ulas bawang putih  }        di kisar kering
sedikit halia dan lengkuas  }
sesudu serbuk ketumbar
1/2 st. serbuk jintan manis
1/2 st. serbuk lada hitam
sehelai daun kunyit
sedikit minyak

Cara2 :

1. Ayam di bersihkan digaul garam, kunyit dan sedikit minyak. Letak isi ayam atas
    aluminium foil dalam tray pembakar. Bakar dalam oven sehingga hampir masak.

2. Dalam sebuah mangkuk, campurkan bahan yang di kisar kering dengan santan,cili
    mesin, air asam jawa, tepung, telur dan garam secukup rasa. Masukkan juga serbuk
    ketumbar, jintan dan lada hitam. Kacau sebati.

3. Tuangkan semua adunan tadi keatas ayam,tabur sedikit daun kunyit yang di hiris,
    masukkan semula kedalam oven dan bakar sehingga ayam masak dan sedikit perang
    di atasnya. Kalau ada daun pisang bolehlah bahan ini di bungkus dalam daun pisang
    yang di layurkan dahulu dan di kukus sehingga masak. Saya tak ada stok daun pisang
    dan periuk pengukus jadi saya masak otak-otak ayam ni dalam aluminium foil dan
    di bakar dalam oven sahaja ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...