Friday, 3 June 2011
Mee Jawa Simple
Bahan2 :
1 bungkus mee kuning di celur (guna spaghetti di rebus)
1/2 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
segenggam udang kering
semangkuk kecil udang basah
2 sb. cili kisar
1 senduk serbuk kari
sedikit sos tomato dan sos cili
sedikit sos tiram
1 kiub pati ayam
6 biji telur ayam
semangkuk kecil instant mashed potato (untuk memekatkan kuah)
1 biji kentang (dipotong dadu)
1 batang karot
semangkuk kecil soya chunk (di rendam)
bawang goreng
daun bawang
cili hijau dan cili merah dipotong
Cara2 :
1. Tumis bawang dan halia, masukkan cili kisar dan serbuk kari masak hingga pecah minyak.
Masukkan udang dan air secukupnya. Didihkan kuah dan pecahkan telur sebiji 2 dlm. mangkuk
dan masukkan ke dalam kuah yg. mendidih.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Didihkan sebentar lagi dan bolehlah tutup api.
Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk tuang kuah tabur bawang goreng, daun bawang dan
cili hijau dan merah yang di potong tadi.
Labels:
mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment