Monday 6 June 2011

Curry Bun


Bahan2 :

Untuk doh :
700g tepung gandum
1 sb. garam
80g gula
sebungkus instant yeast (11g)
4 sb. susu tepung
70g vegetable spread
sebiji telur
2 cawan air suam

Untuk intinya :
8 biji kentang (di potong dadu)
sebiji bawang besar
1/2 sb.garlic powder
1/2 sb.ginger powder
4 sb. serbuk kari adabi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit dried parsley
gula dan garam
sedikit air



Cara2 :

1. Masak inti dahulu seperti memasak inti untuk karipap ye. Ketepikan.

2. Buat dohnya pula, satukan semua bahan-bahan kering gaul hingga sebati. Kemudian
    masukkan vegetable spread dan telur.Gaul dan masukkan air suam. Uli hingga sebati
    semua bahan-bahan doh hingga lembut. Tutup bekas dengan plastik cling dan letakkan
    di tempat yang panas biarkan naik sekali ganda lebih kurang 45 minit.

3. Ambil sedikit doh lebih kurang 20g (timbang ye,boleh dapat dalam 15 biji bun) leperkan
    dan masukkan inti tadi. Bulat-bulatkan dan susun dalam loyang yang telah di griskan.
    Biarkan kurang lebih 45 minit lagi hingga naik semula.

4. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang tlh. dipanaskan pada suhu 150darjah
    selama 20 minit dan atasnya keperangan. Keluarkan dan sapu diatasnya dengan
    marjerin. Jangan biarkan bun di dalam loyang kerana ia akan berpeluh. Terbalikkan
    dan bakar 10 minit lagi untuk bahagian bawahnya. Bolehlah di keluarkan dan letak diatas
    redai. Biarkan sejuk dahulu atau makan semasa masih panas lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...