panggilan Datin Ina Seri. Kali pertama aku makan nasi kerabu sejak aku sampai di bumi
Glasgow kerana Ina dan suaminya Cikgu Nordin mengadakan jamuan makan di rumahnya.
Terima kasih Ina, kalau tak kerana resepi yang Ina ajar kepada akak (walaupun dengan hanya
cakap mulut saja) mungkin sampai sekarang akak masih tak tahu masak nasi kerabu.
Terima Kasih sekali lagi Ina. Selamat jalan dan selamat sampai ke Malaysia dengan selamatnya.
Semoga Ina sekeluarga di murahkan rezeki dan di berkati Allah hendaknya.
Sila layan Nasi Kerabu juadah kegemaran keluarga kakros.
Nasi Kerabu Ina Seri
Bahan2 :
Untuk nasi :
3 pot beras basmathi
1 sb. garam
sedikit pewarna biru ( warna kuning untuk nasi kerabu kuning )
air secukupnya
Untuk kuah tumis :
4 sb.cili mesin
1 tin santan
sebiji bawang besar }
3 ulas bawang putih }
1 in halia } di kisar
2 batang serai }
1/2 sb. serbuk kunyit
2 asam keping
2 sb. garam , 3 sb. gula
sedikit air, sedikit minyak untuk menumis
Untuk serunding ikan dan kelapa :
2 tin ikan tuna ( guna tuna chunk )
sebiji bawang besar }
1 in halia } kisar kering
1 batang serai }
1 caw. fine desicated coconut
2 asam keping
1 sb. serbuk lada hitam
1 1/2 sb. garam , 2 sb. brown sugar
sedikit minyak
Untuk sambal budu :
budu secukupnya
3 biji cili merah }
3 biji cili hijau } di potong halus
6 biji cili padi }
3 sb. gula
sebiji bawang besar
lemon juice secukupnya
Salad / Ulam ( boleh guna kacang panjang, taugeh atau lain-lain ulam)
sebiji timun
6 biji radish
1/2 iceberg lettuce
sedikit kobis
Keropok : goreng keropok ikan saya guna papadom jer.
Ayam Goreng Berempah
seekor ayam
1/2 sb. serbuk kunyit
1/2 sb. serbuk ginger
1/2 sb. serbuk garlic
1/2 sb. ketumbar
1/2 sb. jintan manis
1/2 sb. jintan putih
1/2 sb. mild curry powder
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Masak nasi seperti biasa hanya tambah sedikit pewarna biru dan garam.
2. Masak kuah tumis. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang di kisar hingga
sedikit garing. Masukkan santan, cili mesin, serbuk kunyit, asam keping, garam
dan gula serta sedikit air. Masak hingga mendidih dan terbit minyak.
3. Masak serunding ikan dan kelapa. Goreng desicated coconut hingga perang dan
ketepikan. Panaskan sedikit minyak tumis bahan yang di kisar hingga sedikit garing
dan masukkan ikan tuna dan asam keping. Goreng sebentar dan masukkan kelapa
yang telah di sangai tadi. Masak sebentar lagi, perasakan dengan garam, brown sugar
dan lada hitam.
4. Buat sambal budu. Potong semua cili dan bawang besar kemudian masukkan budu,
juice lemon dan gula secukupnya.
5. Salad dan ulam di bersihkan dan di potong nipis.
6. Goreng keropok/ papadom dan toskan minyaknya.
7. Ayam goreng berempah. Bersihkan ayam dan gaul dengan semua rempah serta
garam. Kemudian goreng dalam deep fryer sehingga masak.
8. Sendukkan nasi kedalam pinggan dan makan bersama ayam goreng berempah,
Kak ros.. kalau saya teringin nak makan nasi kerabu saya p umah akak lah lepas nie ;)
ReplyDeleteBoleh Ina kalau ada stok budu lagi...
ReplyDelete