Thursday, 9 June 2011
Bubur Nasi Dan Sup Ayam
Bahan2 :
3 pot beras
air secukupnya
3 sb. garam
12 potongan ayam
1/2 biji bawang besar di hiris
sedikit halia yang di potong halus
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
1/2 sb.serbuk bawang putih
1 sb. serbuk jintan manis
1 sb. serbuk jintan putih
1 sb. serbuk ketumbar
1 1/2 serbuk lada hitam
2 kiub pati ayam
sebiji kentang dan sebatang karot didadu
garam secukup rasa
bawang goreng, daun bawang dan cili merah
air secukupnya
2 biji bawang besar di hiris
3 sb. tepung gandum
1/2 sb. gula dan secubit garam
Cara2 :
1. Basuh beras dan masukkan 9 pot air dan garam. Masak hingga beras lembik.
Kalau rasa air tak cukup boleh tambah air panas lagi.
2. Sementara tu boleh masak sup ye. Tumis bawang dan halia yang dihiris sebentar, masukkan
semua rempah tumis, kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, masukkan
ayam. Kemudian masukkan semua serbuk rempah dan kiub pati ayam serta kentang dan
karot yang di dadu. Masak ayam hingga isinya lembut dan mudah tanggal dari tulang. Letakkan
garam secukup rasa. Boleh tutup api, tabur bawang goreng dan daun bawang.
3. Sementara menunggu sup masak boleh buat bawang goreng. Potong dan hiris dua biji bawang
besar, kemudian masukkan 3 sb. tepung gandum, 1/2 sb. gula dan secubit garam. Gaul sebati,
panaskan sedikit minyak dan goreng bawang tadi sehingga garing, toskan.
Masukkan sedikit bubur nasi kedalam sebuah mangkuk, masukkan sup dan isi ayam kemudian
tabur bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.
Labels:
bubur nasi,
sup ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment