Monday, 16 May 2011
Acar Buah
Bahan2:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia dihiris halus
Sedikit kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
30 tangkai cili kering (direbus dan dimesin)
3 sb jem
2 sb cuka (boleh guna asam jawa)
2 st garam
5 sb gula
1/2 cawan air panas
Buah-buahan kering:
Sebungkus buah prune (500g)
Sebungkus kulit limau (90g)
Sebungkus aprikot (250g)
Semangkuk kecil kurma (100g)
1/2 bungkus sultana (100g)
[Boleh letak buah-buahan kering lain yg anda suka seperti halwa kundur, buah kana, halwa pala, jeruk bawang atau sebagainya tapi kuantiti cili mesin dan bahan-bahan lain mestilah dilebihkan]
Cara2:
1. Tumis bawang, bawang putih dan halia. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Masak hingga perang dan berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin, gula dan garam. Masak hingga pecah minyak. Masukkan air panas, cuka dan
jem. Didihkan sebentar, masukkan buah-buahan kering dan balik-balikkan.Renihkan seketika dan
tutup api.
Labels:
acar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment