Monday 30 May 2011

Rendang Pedas Kunyit Ayam


Bahan2 :

12 ketul ayam
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 batang serai   ( 1 diblender dgn. bawang dan 1 lagi diketuk )
3 biji buah keras
sedikit halia
segenggam cili padi
2 sb. paprika
1/2 sb. serbuk kunyit
2 asam keping
daun limau perut dan daun kunyit
garam dan 1/2 sb. gula
susu segar atau santan

Cara2 :

1. Bersihkan dan basuh ayam dengan asam limau .Panaskan sedikit minyak ,masukkan ayam dalam
    kuali .Blender bawang ,bawang putih ,cili padi ,halia dan serai serta buah keras .Masukkan semua bahan
    ini dalam kuali bersama ayam tadi .
2. Masukkan serbuk kunyit dan paprika .(saya gunakan paprika kerana segenggam cili padi sudah cukup
    pedas .Jika yang suka pedas bolehlah gantikan dengan beberapa cili merah) .
3. Kemudian masukkan daun limau perut, daun kunyit, asam keping dan sebatang serai yang diketuk tadi.
    Masukkan susu segar atau santan secukupnya, masak hingga terbit minyak.
4. Rasa garam dan gula secukup rasa.      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...