Bahan2 :
4 cawan beras pulut
4 cawan air panas
1 1/2 sb. garam
2 sb. minyak masak
sehelai daun pandan
sedikit pewarna hijau (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning + pewarna biru)
Kelapa (untuk golek kuih)
2 cawan desicated coconut (fine)
3/4 cawan air panas
1 sb. garam
Masukkan semua bahan dalam bekas tahan panas, gaul rata kemudian microwavekan selama 1 minit.
Air gula
seketul gula melaka
1/2 cawan dark brown sugar
sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
Masak dalam periuk sehingga gula hancur dan mendidih. Bila sejuk sedikit boleh di tapis.
Cara2 :
1. Basuh beras pulut masukkan dalam bekas tahan panas bersama air panas,
garam, minyak, pewarna hijau dan daun pandan. Masak dalam
microwave sehingga masak. Balik2kan pulut setiap 4 minit selama lima kali.
2. Boleh bentukkan bulat atau tigasegi. Guna bucu plastik untuk bentukkan tigasegi
dan gunakan penutup botol nescafe yang di lapik plastik untuk bentukkan bulat.
Golekkan dalam kelapa. Siap di makan dengan air gula.
No comments:
Post a Comment