Sunday 29 May 2011

Botok-Botok Perantau



Bahan2 :

2 potong ikan salmon (gaul garam kunyit di goreng)
Daun kesom }
Savoy cabbage } di potong
Red gem lettuce }
Serbuk kari dan serbuk kunyit
garam , gula melaka
kerisik dan air asam jawa
sedikit susu menggantikan santan pekat
2 batang serai }        
1 biji bawang besar}       di blender halus
3 biji buah keras }
halia , lengkuas dan bawang putih }

Cara2 :

1. Masukkan semua bahan blender dalam kuali bersama dengan serbuk kari ,
    serbuk kunyit, garam , gula melaka , kerisik , air asam jawa dan sedikit susu.
    Masak sebentar hingga rempah masak .
2. Letak sayuran di atas mangkuk tahan panas , letak separuh rempah dan letak ikan .
    Kemudian bubuh semua rempah yang selebihnya dan letak semua sayuran di atasnya.
    Tutup mangkuk dengan cling film dan masak dalam microwave selama 8 minit.
     Cucuk sekali atas cling film dengan pisau untuk keluarkan wap. Siap di hidang
     bersama nasi putih panas-panas.


Jika mengikut Resepi Botok- Botok sebenar, ikan yang di gunakan adalah ikan tenggiri .
Dan daun-daun yang di gunakan adalah pucuk-pucuk daun kayu yang kita boleh dapati
di sekeliling kampung seperti pucuk ubi kayu , daun bebuas , daun selasih , daun tenggek
burung , daun mengkudu , puding semangkuk , daun kunyit dan lain-lain lagi .
Di sebabkan saya tidak berada di Malaysia jadi daun-daun ini bolehlah di gantikan dengan
apa-apa daun sahaja . Santan pekat di gantikan dengan fresh milk dan jika tiada gula
melaka boleh di gantikan dengan dark brown sugar .
Dan cara memasak sepatutnya ikan di masukkan dengan daun -daun dan rempah , kemudian
di bungkus di dalam daun pisang yang di layur dahulu . Setelah itu di kukus sehingga masak.
Di sebabkan saya tidak mempunyai periuk kukus jadi saya hanya menggunakan microwave
sahaja.

Resepi ini saya belajar dari arwah ibu mertua saya Hajjah Saebah Binti Pie . Al-Fatihah untuk
kedua-dua ibu dan bapa mertua saya . Saya hanya sempat bermanja dengan arwah hanya
di awal-awal tahun perkahwinan saya . Beliau telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya
kerana mengidap sakit kanser hati. Juadah ini telah menjadi salah satu masakan kegemaran keluarga saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...