Aku pun bergegas mengangkat telefon. Kedengaran suara emak memanggil ku, "Kenapa mak...apa khabar emak dan abah?" tanyaku. Jawap emak, "Emak sihat aje... hanya abah kamu yang sering sakit-sakit. Kerap demam-demam dan tak lalu makan.". Sebak hatiku seketika.
(Begitulah keadaan ayahku sejak dua tahun yang lalu setelah diserang stroke. Tanggal 6 Mac 2009 abah telah dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah kini keadaannya seperti sediakala. Hanya kesihatannya tidak berapa memuaskan.)
"Adik!(panggilanku di rumah), bila nak balik?", tanya ibuku. "Balik dalam tahun ni ke, tahun depan agak-agaknya?", tanya ibuku lagi. Aku terdiam seketika. Air mataku mengenang.
"Emak, tak boleh nak cakap sebab saya sendiri tak pasti lagi bila kami anak beranak akan balik", jawabku.
"Sabarlah mak... kami pasti akan pulang tapi bila, keadaan saja yang boleh menentukan.
Hari dan bila yang tentunya belum pasti." Itulah soalan yang seiring ditanya bila aku menelefon ibu atau sebaliknya.
Soalan yang tiada jawapannya.
Pada ibunda dan ayahandaku yang dikasihi. Kami selalu berdoa semoga Tuhan melimpahkan rahmatnya dan diberikan kesihatan yang baik. Sabarlah menanti kami. Perjuangan belum berakhir. Yang pasti kami akan tetap pulang. Semoga Tuhan panjangkan umur, suatu hari kita akan berjumpa lagi.
Pada teman-teman yang telah pulang ke tanah air Malaysia, " Tahniah! dan selamat bertugas kembali". Pada yang akan balik, "Selamat berangkat dan pulang dengan selamatnya". Dan pada yang masih bertungkus lumus berjuang menyiapkan Phdnya, tingkatkan semangat, satukan hati. Satu hari nanti perjuanganmu akan membuahkan hasilnya juga (termasuklah suamiku).
Pada yang menanti di tanah air Malaysia bumi tercinta(ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, adik, kakak atau abang...begitu juga teman-teman di pejabat atau sekolah), sabarlah menanti kepulangan orang-orang tersayang kerana perjuangan mesti diteruskan ke akhirnya.
Menadah tangan ke hadrat Ilahi, memanjangkan doa semoga dipanjangkan umur dan beroleh kesihatan yang baik, suatu hari dihari yang baik, berjumpa lagi.Amin-amin Rabbala'lamin. Insyaallah.
Dan pada kedua-dua anakku yang akan menghadapi peperiksaan sixth year di secondary school dan second year di university pada minggu ini, hadapi dengan tenang, mohon kerahmatannya dan selamat berjaya. Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak semua.
No comments:
Post a Comment