Sunday, 3 July 2011
Masak Lemak Nenas dan Ayam
Bahan2 :
1/2 ekor ayam
1/2 biji bawang besar }
2 biji cili merah, 3 biji cili padi }di kisar
sedikit halia, sebatang serai }
sedikit serbuk kunyit
2 asam keping
1/2 tin santan
1/2 biji nenas
sedikit air
Cara2 :
1. Masukkan bahan kisar dalam sebuah periuk bersama sedikit air. Letakkan atas
dapur biarkan mendidih. Masukkan ayam dan asam keping serta sedikit serbuk
kunyit. Biarkan ayam masak hingga lembut.
2. Kemudian masukkan santan dan nenas yang di potong. Perasakan dengan garam,
jika perlu gula boleh letak sikit. Biarkan ia mendidih sebentar bolehlah ditutup api.
Labels:
ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment