Friday 22 July 2011

Kuih Rengas atau Kasturi


Bahan2 :

2 cawan kacang hijau (mung bean)
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 sb.garam

Adunan tepung untuk menggoreng :
1 3/4 cawan tepung beras
1/4 sb. serbuk kunyit
1 sb. air kapur makan
1 sb. garam
1 cawan air

Cara2 :

1. Rebus kacang hijau hingga lembut. Bila air hampir kering masukkan gula dan garam.

2. Bila masukkan gula, air akan banyak semula dalam periuk. Teruskan mengacau dengan
    api sederhana sampai air kering. Kemudian boleh tutupkan api.

3. Biarkan adunan kacang hijau yang di masak betul-betul sejuk, barulah di bulat leperkan.
    Buat sampai habis.

4. Buatkan bancuhan tepung beras untuk menggoreng. Campurkan semua bahan, bancuh
    hingga sebati kemudian boleh mula menggoreng.

5. Panaskan minyak, celupkan kepingan kacang hijau tadi dalam adunan tepung beras dan
    goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Siap untuk di hidangkan untuk sarapan pagi
    atau minum petang. Terima kasih Ha Sue@sue-hasue.blogspot.com kerana kongsi resepi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...