Sunday, 3 July 2011

Ayam Masak Tomato


Bahan2 :

1 ekor ayam  (bersihkan gaul garam kunyit dan di goreng)
sebiji bawang besar
1/2 sb.serbuk bawang putih
1/2 sb. serbuk halia
3 sb. cili mesin
1 tin peeled tomato
sebatang serai
1 kulit kayu manis, 4 buah pelaga
1 bunga lawang
1 1/2 sb. garam, 4 sb. gula

                                                          

Cara2 :

1. Ayam di bersihkan, di gaul garam dan kunyit kemudian di goreng.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang kemudian masukkan halia,bawang
    putih, cili mesin, rempah tumis dan serai yang di ketuk.

3. Masakkan sebentar dan masukkan setin tomato. Pecah-pecahkan sedikit buah
    tomato dan masukkan sedikit air. Masak hingga mendidih masukkan garam dan gula.

4. Kemudian masukkan ayam yang di goreng tadi. Masak hingga kuah sedikit kering
    bolehlah di tutupkan api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...