Kelmarin husband beli sekotak tomato ceri sebab jual murah. Sekotak tomato
ceri hanya 1 pound. Pandang punya pandang, tak tahu apaaa... nak buat dengan
tomato yang banyak macam tue. Cakap sorang sorang, kalau buat sos spaghetti
bagus jugak, boleh sapu atas pizza, guna untuk lasange pun boleh.
Bahan2 :
satu periuk tomato ceri
1 1/2 biji bawang besar
1/2 sb. garlic powder
1 sb. dried oregano
1 sb. dried parsley
1 1/2 sb. serbuk lada hitam
1/4 sb. fennel powder
1/4 sb. dried basil
garam dan gula secukup rasa
sedikit olive oil untuk menumis
Cara2 :
1. Panaskan sedikit olive oil, tumis bawang hingga sedikit garing. Masukkan buah tomato
yang telah di basuh tadi. Balik-balikkan sekali sekala. Buah tomato akan pecah dengan
sendiri nya. Untuk cepatkan proses, tekan-tekan sedikit buah-buah tomato itu.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, garlic,oregano, parsley, fennel, basil,
serbuk lada hitam, garam dan gula. Sekali sekala kacau sos itu, api jangan kuat. Biarkan
ia merenih sampai sos itu pekat. (kalau rajin sos bolehlah di tapis untuk mengasingkan
kulit tomato tapi kalau tak kesah boleh biarkan saja )
3. Bila sos spaghetti sudah pekat bolehlah di angkat dari dapur dan biarkan ia betul-betul sejuk
barulah di masukkan kedalam botol. Simpan di dalam peti ais.
Ingatkan masak seperiuk sos spaghetti boleh tahan seminggu, rupanya dua hari aje dah habis
anak-anak makan dengan ayam goreng, cicah tortilla dan sapu atas roti tabur cheese kemudian
bakar bawah grill. Tak sempat nak masuk dalam peti ais pun. Ingat nak buat lasange dan pizza
pun tak sempat. Habis... selamat....
No comments:
Post a Comment