Karipap Inti Keledek
Spera Inti Kelapa
Dua-dua kuih ini guna adunan tepung yang sama tapi intinya lain-lain ye.
Satu inti keledek oren dan satu lagi inti kelapa. Yang inti kelapa tu kita panggil Spera.
N3 yang dulu kita buat karipap inti kentang kali nie karipap inti keledek pulak yek.....
Bahan2 :
1 kg tepung gandum
2 sb. vegetable spread
1 cawan minyak (microwave 1 1/2 minit)
2 sb. garam
2 3/4 cawan air suam
Inti Keledek : Inti Kelapa :
3 biji keledek (di dadu) 3 mangkuk kecil desicated coconut
1/2 biji bawang besar 1/2 biji bawang besar
1/2 sb. ginger powder 1/2 sb. garlic powder
2 sb. rempah kari Adabi 1/2 sb ginger powder
1 sb. dried parsley 1/2 sb. serbuk kunyit
segenggam ikan bilis halus 2 sb. cili kisar
1 sb. garam 1/2 batang serai (potong dan kisar dgn.udang kering)
1 sb. gula segenggam udang kering (rendam dan di kisar)
1 1/2 cawan air segenggam udang basah (di potong kecil)
2 sb. lemon juice
1 sb. garam
2 sb. gula
sedikit air panas untuk membasahkan kelapa
Cara2 :
1. Campurkan semua bahan-bahan untuk kulit karipap dan uli hingga sebati.
2. Masak inti keledek : Tumis bawang besar masukkan garlic dan ginger powder.
Masukkan juga rempah kari dan ikan bilis kecil. Masak rempah sekejap kemudian
masukkan air, bila kuah mendidih masukkan keledek yang di potong dadu, garam dan
gula serta dried parsley.
3. Masak inti kelapa : Tumis bawang besar hingga wangi masukkan udang basah. Dalam
sebuah mangkuk masukkan desicated coconut, garlic dan ginger powder, serbuk kunyit,
cili kisar, serai dan udang kering yang di kisar serta lemon juice. Letakkan sedikit air panas
sekadar untuk membasahkan kelapa. Gaul semua bahan hingga sebati kemudian masukkan
kedalam tumisan bawang dan udang basah di awal tadi. Masak sekejap rasa garam gula
secukup rasa kemudian bolehlah di tutup api.
4. Kemudian buat lah karipap seperti biasa.
No comments:
Post a Comment