Thursday, 7 July 2011
Roti Goreng
Bahan2 :
sebungkus roti (di potong dadu)
10 biji telur }
2 mangkuk kecil fresh milk }
3 sb. tomato sos }
3 sb. cili kisar ( tambah lagi jika suka pedas ) } campurkan telur dan semua bahan
1 sb. paprika } dalam satu bekas besar, di pukul
1 sb. serbuk lada hitam } sedikit hingga semua bercampur
1 sb. serbuk lada putih }
1 sb. dried parsley }
2 sb. garam, 2 sb. gula }
2 batang celery }
2 batang karot }
1/2 biji bawang besar (di dadu) } di goreng + 1/2 sb.gula
segenggam ikan bilis kecil (di rendam) }
sedikit olive oil atau minyak (untuk menggoreng)
Cara2 :
1. Goreng sayur dahulu. Resepi asal guna sawi dan taugeh di goreng dengan udang.
Kat rumah hanya ada celery dan karot jadi goreng dengan ikan bilis sahaja.
2. Ketepikan sayur yang di goreng ke dalam pinggan. Guna kuali yang sama untuk goreng roti.
Tuang adunan telur ke atas roti rata-rata.(jangan sebaliknya, nanti ada roti yang tak kena telur)
3. Dalam kuali panaskan sedikit minyak, masukkan roti yang telah bercampur dengan adunan
telur tadi. Goreng dan balik-balikkan roti hingga garing dan telur masak kemudian masukkan
sayur yang telah siap di goreng tadi. Balik-balikkan sekejap bolehlah di tutup api.
Labels:
roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment