Sunday, 3 July 2011
Rendang Daging
Bahan2 :
1 kilo daging lembu (bersihkan dgn.juice lemon dan di basuh bersih )
2 biji bawang besar }
sedikit halia }
3 batang serai } di kisar dgn. sedikit air
4 biji buah keras }
1/2 sb. serbuk lengkuas
1/2 sb. serbuk kunyit
1/2 sb. serbuk bawang putih
3 sb. cili mesin
2 sb. rempah kari daging
2 asam keping
1 tin santan
1 sb. serbuk ketumbar
daun kunyit , daun limau perut
santan kotak untuk di buat kerisek
2 sb. garam, 5 sb. gula merah
Cara2 :
1. Basuh daging,kemudian cuci dengan lemon juice dan basuh sekali lagi terus masukkan
ke dalam kuali yang di panaskan. Masak daging hingga keluar air dan tinggal separuh.
Kemudian masukkan semua bahan yang di kisar dan semua bahan-bahan lain kecuali
garam, gula merah dan kerisek. (masak santan kotak dengan api perlahan sampai perang
dan jadi kerisek)
2. Bila daging dah lembut bolehlah masukkan garam, gula merah dan kerisek. Teruskan
masak hingga kering sedikit bolehlah di tutup api.
Labels:
rendang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment