Tuesday, 5 July 2011
Ayam Goreng Szechuan
Bahan2 :
1/2 ekor ayam (di potong dan di bersihkan)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
1 sb. garlic powder
1 sb. ginger powder
4 cili kering (di potong serong)
4 sb. oyster sauce
5 sb. kicap manis
1 biji bawang besar ( di potong bulat)
kacang gajus (tak ada stok guna almond flake)di sangai
2 sb. cornflour (bancuh dengan air biasa)
garam dan gula (kalau perlu)
2 cawan air
olive oil atau minyak masak (untuk menumis)
Cara2 :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang yang di dadu hingga wangi.
Masukkan ayam dengan serbuk bawang putih dan serbuk halia. Balik-balikkan
ayam sebentar, kemudian masukkan air. Masak hingga ayam betul-betul masak,
air kering dan pecah minyak.
2. Ketepikan ayam dalam kuali, masukkan cili kering goreng hingga garing. Kemudian
masukkan oyster sauce dan kicap manis. Balik-balikkan sebentar lagi. Masukkan
bawang besar yang di potong bulat dan air bancuhan cornflour, gaul semuanya.
Akhir sekali masukkan almond flake.
Labels:
ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment