Tuesday, 5 July 2011

Kari Kerisik Ayam


Bahan2 :

12 potong ayam
2 biji kentang (di potong empat)
1 biji bawang besar (di dadu)
1 sb. garlic powder
1 sb. ginger powder
2 sb. serbuk ketumbar
2 sb. serbuk jintan manis
1 sb. serbuk jintan putih
2 sb. mild curry powder
1 sb. serbuk cili Baba's
sekeping asam keping
1 batang serai (di hiris dan di cincang halus)
1/2 kotak cream coconut (di jadikan kerisik)
2 atau 3 cawan air (ikut besar periuk)
2 sb. garam, 1 sb. gula
sedikit minyak (untuk menumis)

Cara2 :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga wangi. Masukkan bawang putih
    dan halia. Kemudian masukkan semua rempah lain. Masakkan rempah sebentar
    bolehlah masukkan ayam dan kentang.

2. Kemudian masukkan air hingga menutupi ayam dan kentang, masukkan asam keping.
    Masak hingga mendidih dan ayam dah lembut masukkan serai yang di cincang halus
    dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Kari kerisik ini boleh di masak pekat atau berkuah terpulang yea. Sedap di makan
    dengan segala jenis nasi-nasi, segala jenis roti atau capati tak kira roti canai ke roti benggali ke....
    segala jenis lempeng, lempeng kelapa ke lempeng tepung ke lempeng pisang pun boleh.
    Dengan pulut, kuning atau putih. Dengan cucur kodok pun boleh...semuanya ngam......

4. Kari kerisik yang nie guna ayam anda boleh guna daging lembu atau daging kambing atau
    apa-apa daging lain yang anda suka tapi lebihkan halia dan serai kalau guna daging yang
    kuat sikit baunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...