Friday, 22 July 2011
Dalca Red Split Lentil
Bahan2 :
seekor baby chicken
1/2 biji bawang besar (di dadu)
setangkai daun kari
1 cawan red split lentil
1/2 sb. garlic powder }
1/2 sb.ginger powder }
2 sb. mild curry powder } bancuh dengan sedikit air jadikan pes
1 sb. paprika }
sedikit serbuk kunyit }
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
sekeping asam keping
sebiji buah tomato (di belah empat)
sebiji kentang (di potong enam)
1/2 peket frozen okra
1/2 cawan single cream
air secukupnya
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang yang di dadu, kulit kayu manis serta bunga lawang
dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes kari yang di bancuh tadi, masak hingga terbit minyak.
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan lentil, ayam dan ubi
kentang. Bila ayam dah masak, lentil dan kentang sudah lembut, masukkan single cream.
4. Kemudian masukkan asam keping dan garam. Akhir sekali masukkan buah tomato dan okra.
Biarkan mendidih sekejap lagi, bolehlah tutupkan api.
5. Dalca ini tidak menggunakan yellow split pea atau kacang dhal seperti selalu kerana mengambil
masa lama sedikit untuk merendam dan merebus terlebih dahulu. Dengan penggunaan red split
lentil, proses memasak menjadi lebih cepat sebab ia cepat lembut hanya di masukkan terus
bersama ayam dan kentang.
Labels:
kari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment