Friday, 5 August 2011

Ayam Masak Kicap


Bahan2 :

10 ketul ayam (bersihkan di sapu garam dan kunyit)
3 biji kentang dipotong
sebatang karot di potong bulat
1/2 biji bawang besar di dadu
1 sb pes halia
1 sb serbuk bawang putih
kicap manis secukupnya
4 sb sos tomato
1 biji cili merah di potong
air secukupnya untuk kuah
sedikit garam

Cara2 :

1. Ayam yang telah di sapu garam dan kunyit di goreng dahulu dalam deep fryer.Kemudian
    gorengkan kentang pula. Ketepikan.

2. Dalam periuk lain pula tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan sedikit air, kicap
    manis dan sos tomato.

3. Kemudian masukkan karot, ayam dan kentang yang telah di goreng tadi. Masakkan sebentar
    lagi, masukkan cili merah. Rasa garam secukup rasa, bila dah siap bolehlah tutupkan api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...