Friday, 5 August 2011
Rendang Ayam Greek Yogurt
Bahan2 :
10 ketul ayam (di bersihkan dan di tos)
sebiji bawang besar }
2 ulas bawang putih }
sedikit halia } di kisar
sedikit lengkuas }
sebatang serai }
2 sb cili mesin
1 sb serbuk ketumbar
sedikit serbuk kunyit
1 sb mild curry powder
2 helai daun kunyit
secawan greek yogurt (kalau suka boleh letak lebih)
Cara2 :
1. Bersihkan ayam buang kulit dan toskan. Kisar semua bahan-bahan yang perlu di kisar.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yang di kisar bersama 2 sb cili mesin.
3. Tumis hingga terbit minyak, masukkan serbuk ketumbar, serbuk kari dan sedikit serbuk kunyit.
4. Kemudian bolehlah masukkan ayam. Balik-balikkan dengan rempah, kemudian masukkan
yogurt dan daun kunyit. Masukkan juga sedikit air, masak hingga ayam betul-betul masak
dan lembut, terbit minyak dan sedikit pekat. Bolehlah di tutupkan api.
5. Rendang yogurt ini tidak menggunakan kerisik dan asam keping ye.
Labels:
rendang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment