Tuesday, 23 August 2011

Bangkit Kelapa

Bangkit Kelapa ini akak masih menggunakan resepi Bangkit Bijan yang tadi, hanya
tukar bijan kepada kelapa saja. Guna desicated coconut yang di sangai hingga sedikit
perang. Terima kasih sekali lagi untuk resepi 2 dalam 1 ni. Jom kengkawan pakat
buat Bangkit Kelapa untuk lebaran nanti....


Bahan-bahan :

600g tepung sagu  (guna 500g atau sebungkus)
100g tepung gandum  (guna 200g)
300g butter
300g gula icing  (guna 260g gula di kisar)
150g desicated coconut  (di sangai hingga perang)
2 biji telur
1 st garam

Cara-cara :

1. Sangai kelapa hingga sedikit keperangan. Sangai kedua-dua tepung hingga ringan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu.

3. Kemudian masukkan tepung dan kelapa yang di sangai tadi. Uli hingga jadi doh.

4. Canai dan terap adunan. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama 
    20 minit atau ikut suhu kepanasan oven masng-masing.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...