Tuesday 23 August 2011

Tart Nenas


Bahan-bahan :

250g butter
1 sb minyak sapi
100g gula halus
450g tepung gandum + 1 sb tepung lagi
1 biji telur
1/2 st esen vanilla
secubit garam

3 tin nenas in syrup  (ambil nenas sahaja di kisar)
1/2 botol jem strawberry

Cara-cara :

1. Buat inti dahulu, kisar nenas masukkan dalam non stick pan bersama
    setengah botol jem strawberry. Masak hingga kering airnya dan bolehlah
    di tutupkan api. Masukkan ke dalam sebuah bekas dan simpan dalam fridge.

2. Untuk doh, gaul butter, minyak sapi, gula dan secubit garam hingga sebati dan putih.
    Masukkan telur yang di pukul sedikit bersama esen vanilla. Kemudian bolehlah masukkan
    tepung gandum dan gaul hingga jadi doh yang lembut.

3. Canai dan terap hingga habis adunan. Letakkan inti nenas tadi. Boleh sapu telur kalau suka.
    Panaskan oven dan bakar suhu pada 160 darjah selama 20 minit atau mengikut suhu kepanasan
    oven masing-masing.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...