Tuesday, 23 August 2011

Bangkit Bijan

Biskut raya ni akak tak ingat ambil dari resepi siapa. Walau camanapun pada tuan punya resepi terima kasih banyak kerana kongsikan resepi ini. Jom semak resepi bangkit ni....


Bahan-bahan :

600g tepung sagu  (guna 500g atau sebungkus)
100g tepung gandum  (guna 200g)
300g butter
300g icing sugar (guna 260g gula di kisar)
150g bijan yang di sangai
2 biji telur
1 st garam

Cara-cara :

1. Sangai bijan sebentar. Kemudian sangai kedua-dua tepung hingga ringan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan secubit garam.

3. Kemudian masukkan tepung dan bijan yang di sangai tadi. Uli hingga jadi doh.

4. Canai dan terap adunan. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama
    20 minit atau ikut kepanasan suhu oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...