Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa pada semua kengkawan dan blogger2 tidak kira di mana anda berada. Semuga puasa kita pada ramadhan kali ini lebih bermakna dan segala amalan kita dalam bulan yang mulia ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA, insyaAllah...
Untuk berbuka puasa hari pertama ni kak Ros masak lauk biasa2 aje. Kalau nak ikut permintaan anak2, memang macam2 tapi malas akak nak layan. Sebab dah tahu dah bila berbuka saja dengan air teh o segelas dan buah kurma, makan itu ini sikit2 dah lega dah. Jadi janganlah membazir, masak ala kadar saja untuk berbuka dan bersahur.
Tahun ini kami yang masih lagi di perantauan, berpuasa dalam musin panas. Jadi masa berpuasa lebih lama dari di Malaysia. Di UK waktu berbuka 9.31 pm dan waktu subuh pada 1.33 am. Hanya ada masa 4 jam sahaja untuk makan2. Beza waktu di Malaysia + lagi 7 jam dengan waktu di UK. Dek sebab dah terbiasa,
jadi rasa macam biasa saja.
Lebihkan minum air, makan buah2an dan makan kurma kerana ia memberi tenaga di siang hari. Pilih saja
yang mana berkenan, nak yang fresh ke atau yang biasa2 aje. Semuanya ada kat rerata kedai Pakistan
di Glasgow ni. Dan kalau rasa malas nak buat kuih muih, beli saja kuih Pakistan di kedai2 manisan. Tunjuk saja yang mana suka. Tapi jangan amalkan selalu kerana manisan2 ini tersangatlah manis. Kak Ros tak suka
manisan mereka tapi kalau kuih2 melayu kita, tersangatlah akak suka. Teringat pulak bazaar ramadhan kat Malaysia. Sabar ajelah...
Tapi anak2 akak suka juga ada satu kuih manisan ni namanya Gulab Jamun. Ia di buat dari 1 1/2 cawan susu tepung, 1/2 cawan tepung gandum, secubit garam, 1/2 st baking soda, 2 sb butter yang di cairkan dan secukup susu segar untuk membentuk doh. Campurkan semua bahan dan buat bulat-bulat atau bulat-bulat lonjong gitu. Kemudian bolehlah di goreng dalam minyak yang di campur dengan sedikit ghee. Tapi minyaknya jangan terlalu panas ye, guna api sederhana untuk memastikan dalam nya masak dan luarnya perang rata tak bertompok-tompok. Bila dah masak, angkat dan toskan Dan sirap gula pula, masakkan 1 1/2 cawan gula dengan 2 cawan air bersama 2 biji buah pelaga. Manisan ini sangat popular ye... di kalangan orang-orang Pakistan. Kekadang bila diaorang nak belikan juga, 8 biji dalam £1.70. Eh..eh banyak pulak celoteh akak, mari layan n3 untuk hari nie....
Nasi Goreng Kunyit
Bahan2 :
nasi sejuk untuk 4 orang makan
1/2 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis kecil }
sedikit udang kering } di rendam
sebatang karot
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk lada hitam kasar
2 sb sos tiram
1 biji cili merah di potong serong
garam dan gula secukup rasa
Cara2 :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan ikan bilis dan udang kering, kemudian masukkan
karot. Goreng sebentar bahan2 tadi. Kemudian masukkan nasi, masukkan juga serbuk kunyit, garam
dan gula.
2. Masukkan juga serbuk lada hitam dan sos tiram. Goreng sebentar lagi dan masukkan cili merah yang
dipotong. Bila siap bolehlah di tutupkan api.
No comments:
Post a Comment